Sukan Hari Ini

Belum Sedia ‘Balik Kampung’

KUALA TERENGGANU: Pemain sayap Terengganu FC I (TFC I), J Partiban mengakui belum bersedia kembali ke kampung halamannya di Tambun, Perak meskipun mendapat tawaran dua pasukan dari negeri kelahirannya itu.

Sebaliknya, pemain yang mesra dipanggil Palo mahu membalas kepercayaan TFC I yang memberi peluang kepadanya untuk bersama pasukan itu semusim lagi.

Partiban mengakui dirinya bertuah selepas bakat yang ada padanya mula mendapat perhatian beberapa jurulatih termasuk barisan kejurulatihan TFC I.

“Selepas setahun mewakili pasukan Perak pada 2014, saya berkelana ke Sarawak selama dua musim dan pada tahun ini saya ditawarkan kontrak bersama Terengganu,” katanya.

“Lebih manis khidmat saya masih diperlukan skuad TFC I musim depan walaupun saya juga mendapat tawaran daripada pasukan PKNP FC (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) dan pasukan Perak,” katanya memetik sumber Berita harian.

Malah jelasnya mahu terlebih dahulu menimba pengalaman bersama pasukan lain sebelum kembali menyarung jersi negeri kelahirannya, malah turut mempunyai impian mewakili skuad kebangsaan.

Selain itu anak sulung daripada dua beradik itu berkata, impian untuk berguru dengan jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim membuatkan dia memilih untuk berkhidmat dengan pasukan itu dan bukannya memikirkan mengenai tawaran lumayan yang diterima.

“Sebaik mengetahui nama dikekalkan dalam skuad TFC I ini, saya mula memikirkan sasaran musim depan iaitu bukan sekadar pemain penumpang di bangku simpanan sebaliknya mahu tersenarai dalam kesebelasan utama biarpun sedar bakal disaingi pemain lain termasuk pemain import,” katanya yang menyasarkan satu trofi musim depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");