Berita Hari Ini

Bencana Alam Di Vietnam Sebabkan 386 Orang Maut, Hilang

HANOI – VIETNAM. Bencana alam termasuk 14 taufan, ribut, banjir kilat dan tanah runtuh yang melanda Vietnam tahun ini, menyebabkan 386 penduduk terkorban atau hilang, selain mengakibatkan kerugian harta benda bernilai US$2.6 bilion, menurut Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar pada Jumaat.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan, taufan Damrey sahaja, yang membadai Vietnam dalam tempoh lebih 10 tahun, dan disusuli bencana banjir pada November, menyebabkan seramai 123 orang terbunuh atau hilang memetik sumber Bernama.

Ia turut menyebabkan ratusan lagi mengalami kecederaan dan kerugian dianggarkan kira-kira US$1 bilion.

Sementara itu, Jawatankuasa Pusat Pencegahan dan Kawalan Bencana Alam negara berkata, wilayah utara dan tengah Vietnam, akan mengalami musim sejuk manakala taufan Kai-Tak sedang menghampiri Laut China Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");