Perak Hari Ini

Bersyukur Akhirnya Dapat Rumah Sendiri

SELAMA :Hanya ucapan syukur dapat dizahirkan seorang ibu tunggal yang tinggal di Kampung Sungai Berdasar, dekat sini apabila menerima bantuan rumah menerusi Program Dun Prihatin bagi daerah ini.

Rozmi Ismail 65, sangat terharu dan gembira kerana dia antara penduduk yang dipilih menerima bantuan menerusi program tersebut.

sdr

Menurutnya, dia sememangnya tidak mampu membina rumah sendiri berikutan masalah kemiskinan dan rumah pusaka didiami selama ini sudah semakin usang.

“Saya tinggal di rumah pusaka keluarga sejak 30 tahun namun ia semakin usang jadi memang saya teringin memiliki rumah sendiri.

Rozmi berkata, dia hanya bekerja peniaga kuih-muih dan tidak mampu meniaga selama hampir lapan bulan kerana menjalani pembedahan mata.

“Mak Mi rasa seronok walaupun kecil saya bersyukur dan permohonan juga tidak mengambil masa yang lama hanya dalam tempoh dua bulan ia diluluskan.

“Terima kasih kepada kerajaan dan Adun Selama yang prihatin dengan masalah kami. Ini kali pertama kami terima bantuan selepas buat permohonan rumah,” katanya yang kini tinggal bersama seorang anak angkatnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Adun Selama, Datuk Muhammad Daud Mohd Yusoff berkata sehingga tahun ini sebanyak 12 rumah telah dibina untuk keluarga yang memerlukan.

Katanya biarpun rumah tersebut jauh lebih kecil keluasannya namun ia adalah mengikut keperluan penghuninya.

“Setakat ini sebanyak 12 rumah telah didirikan menerusi bantuan Pusat Khidmat Dun Selama yang mempunyai panel pengkaji tersendiri bagi mengkaji setiap keperluan pemohon rumah.

Beliau turut menggalakkan penduduk yang memerlukan bantuan untuk tampil membuat permohonan kepada pihak Pusat Khidmat Dun Selama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");