Isu Panas

Biadab Dengan Sultan: Jangan Biarkan Zaid Ibrahim Jadi Gengster – Noh

KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor seharusnya segera menolak perbuatan biadab Datuk Zaid Ibrahim yang menafikan peranan Raja-Raja Melayu dalam titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan balas Ahli DAP itu juga seharusnya tidak boleh diberi muka dan boleh menjadi semakin biadab jika dibiarkan begitu sahaja.

“Sultan ini payung kita. Sultan yang memerintah akan kekal sebagai ketua negeri. Jadi bila ada orang yang cuba mencuit kita, kita tidak boleh beri muka sebab apabila kita bagi lagi nanti dia akan buat lagi.

“Ini langkah awal untuk kita amik tindakan tegas sebab kalau dibiarkan dia boleh jadi gengster,” katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini memetik sumber Astro Awani.

Terdahulu, Sultan Selangor bertitah mengenai kegusaran baginda terhadap golongan yang membangkitkan isu sensitif bagi kepentingan peribadi dan demi menarik undi.

Baginda juga bertitah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “rasa rendah diri yang kompleks dan kebencian mendalam” yang boleh “membakar seluruh negara”.

Namun, titah Sultan Selangor itu mengundang rasa kurang senang pemimpin pembangkang seperti Zaid Ibrahim, yang menyatakan Sultan Selangor harus berhati-hati dalam mengeluarkan titah dan tidak cuba bermain dengan politik kepartian.

Dalam pada itu kata Noh, tindakan yang dilakukannya itu bukan berasaskan politik namun demi perpaduan rakyat Selangor sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, Noh menjelaskan, kerjasama bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kekecewaannya kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Tegasnya, perbincangan sudah dilakukan secara peribadi dan ia menguatkan Barisan Nasional Selangor secara keseluruhannya.

“Keempat-empat menteri besar telah jumpa saya secara peribadi dan bincang rasa kecewa dengan kerajaan Selangor sekarang.

“Bukan sahaja bekas menteri besar dari BN tetapi Khalib Ibrahim yang dilihat berjaya lemahkan BN,” ujarnya.

Kehadiran Khalid pada Konvensyen UMNO Selangor baru-baru ini dikatakan persediaan untuk bekerjasama dengan BN serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");