Membawang Hari Ini

“Bila Kali Terakhir Kamera Pecah?”- Adi Putra

KALAU sebelum ini, kita digemparkan mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Neelofa yang menegur sikap ‘biadap’ wartawan kerana menerbitkan artikel tidak berasas.

Kali ini, seorang lagi selebriti iaitu Datuk Adi Putra dikatakan turut ‘sound’ seorang wartawan apabila diasak dengan soalan berbentuk peribadi.

Mak aihh…Garangnya selebriti-selebriti tanah air kita ni ya? Terkejut kami selepas tahu mengenai perkara ini.

Memetik sumber, pelakon kacak itu dikatakan menegur wartawan yang tidak didedahkan identiti itu dalam sebuah rakaman memaparkan temubual di antara mereka.

Menurut sumber juga, wartawan tersebut hanya bertanya mengenai status rumah tangga Adi dengan isterinya, Aida.

Mana tidaknya, sejak kebelakangan ini perkara itu dilihat menjadi percakapan dan buah mulut dalam kalangan netizen yang rata-rata tertanya-tanya mengenai status mereka.

Tambahan pula, baru-baru ini Adi ada memuat naik foto dengan Aida beserta kapyen ‘Alhamdulillah’. Haaa…Lagi bertambah lah persoalan yang bermain di minda netizen.

Justeru itu, wartawan berkenaan yang mewakili netizen dilihat cuba mencari jawapan tapi nampaknya dia dilayan dingin oleh Adi selain ditegur dengan nada yang kasar.

“Bila kali terakhir kamera pecah?,” tegur Adi dalam nada ‘tegang’.

Bagaimanapun, wartawan itu dikatakan tidak mudah melatah sebaliknya menyatakan tidak kisah sekiranya Adi tidak mahu menjawab soalan yang diajukan.

“Tak apa, kalau tak mahu komen tak apa…” kata wartawan berkenaan dengan segaris senyuman di bibir.

Tetapi, episod ‘seram’ itu tidak hanya habis di situ apabila pelakon berkenaan dikatakan membalas kenyataan wartawan berkenaan.

“Saya fikir saya hormat awak je sekarang ni,” balas Adi.

Alahaiii…Orang bertanya sahaja pun. Bukankah tugas seorang wartawan itu memang bertanyakan soalan? Andai kata tak selesa dengan soalan yang diaju, lebih baik ditolak dengan elok dan professional.

Apapun, janganlah macam tu ya. Selebriti dan wartawan ni dua pihak yang saling memerlukan. Tanpa wartawan, siapalah artis dan tanpa artis sudah pasti sunyi industri hiburan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");