Perak Hari Ini

BN Perak Telah Penuhi Manifesto: Fokus Tingkat Pembangunan- Ds Zambry

LENGGONG:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan kesemua manifesto yang dikemukakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat pada pilihan dalam raya umum (PRU) yang lalu telah dan sedang dilaksanakan setakat ini.

Jelasnya tiada satu manifesto dan perkara yang belum dilaksanakan malah segala pencapaian sepanjang pentadbiran kerajaan negeri telah dibentangkan pada sesi persidangan dewan undangan negeri (DUN) yang lalu.

“Manifesto keseluruhannya telah dilaksanakan ada yang masih dalam proses peningkatan satu tahap ke satu tahap seperti contoh menjadikan Pulau Pangkor sebagai Pulau bebas cukai telah menjadi halangan terakhir untuk dilaksanakan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pencapaian Kerajaan Negeri selama mentadbir negeri ini.

Katanya tiada perkara yang belum dilaksanakan sebaliknya telah pun bermula termasuk dari segi perumahan serta pembinaan pekan kecil yang dilaksanakan secara berterusan.

“Tiada perkara yang belum dibuat lagi namun bagi pencapaian masih ada yang pada tahap 100 peratus dan masih ada pada tahap 80 peratus pelaksanaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sejurus selepas merasmikan program permukiman tiga YB peringkat Parlimen Lenggong selain merasmikan dataran arena Amanjaya Lawin dan penyerahan sumbangan Back Toto school kepada 350 penerima hari ini.

Selain daripada manifesto katanya pencapaian keseluruhan dapat disaksikan menerusi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan setiap daerah di negeri ini.

“Kita akan meneruskan pembangunan berdasarkan pembentangan Bajet 2018 dan memberi fokus kepada aspek pertumbuhan negeri.

“Pertumbuhan tersebut merangkumi pembangunan Wilayah Selatan,Tanjung Malim, Pangkor Pulau sebagai pulau bebas cukai, kawasan sempadan negeri hingga ke Pengkalam Hulu dalam konteks pertanian serta agro pelancongan juga di kawasan Bagan Datuk,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");