Sukan Hari Ini

Bos Gaurus Kena Denda!

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tindakan penyokong, kantung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) ‘bocor’ selepas didenda sebanyak RM35,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Selain denda, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 semalam turut memutuskan skuad Bos Gaurus akan beraksi di stadium kosong untuk perlawanan di gelanggang sendiri memetik sumber Berita Harian pada Khamis.

Pasukan Perak didapati melanggar empat Artikel, bermula Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 60.1(a) dan Artikel 60.2(a) Kod Tatatertib FAM.

Untuk kesalahan kedua, pasukan berkenaan didapati melanggar Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 42, ketiga, melanggar Artikel 70.1, yang dibaca bersama dengan Artikel 42.

Bagi kesalahan keempat, Perak melanggar Artikel 68 dibaca bersama dengan Artikel 69 dan Artikel 42 berkaitan Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton dan Penganjuran Perlawanan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu berkata insiden membabitkan penyokong itu berlaku pada aksi separuh akhir Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, 15 Oktober lalu.

“Bagi pertuduhan pertama, Perak didenda RM15,000 manakala didenda RM10,000 (pertuduhan kedua) selain RM15,000 (pertuduhan ketiga), RM25,000 dan bermain satu perlawanan tanpa penonton di gelanggang sendiri bagi pertuduhan keempat.

“Namun jawatankuasa ini memutuskan untuk menggunapakai Artikel 43 Kod. Jika terdapat beberapa hukuman yang boleh dikenakan akibat daripada pelanggaran berkait, jawatankuasa ini boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran yang paling serius saja dan bergantung kepada keadaan boleh meningkatkan lagi hukuman tersebut.

“Justeru, hukuman yang dikenakan secara keseluruhannya adalah denda sebanyak RM35,000, selain bermain dua perlawanan tanpa penyokong di gelanggang sendiri (1+1) dan amaran keras hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun bagi keputusan beraksi di stadium kosong 1+1, Baljit berkata jawatankuasa menggunapakai Artikel 35, iaitu pelaksanaan hukuman perlawanan kedua ditangguh terlebih dulu.

“Dalam tempoh setahun bermula dari tarikh 20 Disember ini, jika kesalahan sama berulang, maka hukuman tanpa penyokong dalam aksi seterusnya akan dikuatkuasa serta merta,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");