Perak Hari Ini

The Bos Gaurus Umum Pemain Liga Super 2018

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mempertaruhkan lapan pemain baharu dalam skuad The Bos Gaurus bagi menghadapi saingan Liga Super 2018.

Antara barisan pemain yang bakal memperkuatkan pasukan itu pada musim hadapan ialah, Brendan Gan, Nor Hakim Hassan, Muhammad Syazwan Zaipol Bahari, Rafiuddin Roddin, Muhamad Rizal Che Aziz, Muhammad Rafiq Faeez Muhammad Fuad, Khairul Asyraf Sahizah dan Muhammad Nasrullah Abdul Aziz.

Selain itu, dalam skuad tersebut, PAFA turut mengekalkan 12 pemain asal yang terdiri daripada empat pemain kebangsaan.

Mereka adalah, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Khairul Azmri Salehuddin, Shahrul Mohd Saad, Amirul Azhan Aznan, Mohamad Idris Ahmad, Nazirul Naim Che Hashim, Mohamad Nasir Basharudin,D. Kenny Pallraj, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri, Mohd Hafiz Kamal, Mohd Nizad Ayub dan Mohd Nazrin Nawi.

Sementara itu, Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini, berkata pasukan tersebut turut mengekalkan khidmat dua pemain import dari Brazil pada musim lalu iaitu, Gilmar Jose da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira.

 

Dalam pada itu, beliau juga berkata PAFA turut akan memenuhkan kuota tiga lagi pemain import bagi melengkapkan senarai 25 pemain bagi musim baharu, pada awal Januari tahun hadapan.

“Baki lima pemain lagi akan diisi oleh pemain-pemain Piala Presiden, yang sedang kita kenal pasti, dan ini juga sebagai persiapan kita dalam menghadapi Sukan Malaysia tahun hadapan (SUKMA 2018),” ujarnya.

Tambahnya lagi, kali ini PAFA telah menetapkan sasaran kedudukan tiga teratas Liga Super 2018 dan menjulang sekurang-kurangnya satu piala.

Mengulas berkenaan isu Stadium Perak yang masih dalam proses penambahbaikkan untuk SUKMA 2018, beliau berkata ia dijangka siap selewat-lewatnya April 2018.

“Untuk Home, kita kemungkinan akan menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ataupun Stadium Tentera Laut DiRaja Malaysia, Lumut.

“Walau bagaimanapun, kita sedang berurusan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), supaya jika perlawanan kita awal, kita minta untuk bermain di luar dahulu (away),” jelasnya.

Pada perkembangan sama, Ketua Jurulatih, Mehmet Durakovic yang ditemui berkata beliau gembira dengan pengumuman barisan pemain ini selain berazam akan membawa skuad The Bos Gaurus dengan lebih cemerlang lagi pada tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");