Jenayah

Bot Nelayan Ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

LUMUT: Terdapat 4 warga Myanmar bersama bot nelayan tempatan ditahan agensi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di 6.2 batu nautika dari barat daya Pulau Pangkor.

Mereka ditahan apabila didapati melanggar syarat sah lesen yang ditetapkan pada jam 9.25 pagi, hari ini.

Daerah Maritim 3 Lumut dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata semua ditahan membabitkan seorang tekong dan tiga awak-awak berusia antara 21 hingga 43 tahun.

Katanya, mereka ditahan Kapal Maritim Marlin yang diketuai Leftenan Komander Maritim Mohd Fahimi Omar ketika melakukan rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 12 batu nautika.

“Dua awak-awak warga asing didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah manakala tekong dan seorang lagi awak-awak memiliki E-Kad pekerja asing,” katanya.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");