Membawang Hari Ini

Buat Pembedahan Untuk Kelihatan Seperti Angelina Jolie

DEK kerana terlampau minat kepada aktress, Angelina Jolie, seorang wanita sanggup menjalani sekurang-kurangnya 50 pembedahan di wajahnya lapor The Daily Haze.

Sahar Tabar berasal dari Tehran, Iran menjadi ‘selebriti’ di Instagram berikutan menjadikan laman media sosial tersebut sebagai diari dia bertukar menjadi selebriti kesayangannya itu.

Menurut Jastrzab Post, Tabar juga menjalani diet khas untuk mengekalkan berat 40kg, namun tidak dapat dipastikan dari mana wanita tersebut mampu membiayai segala pembedahannya itu.

Sementara itu, beliau juga turut mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagramnya.

Walaupun rata-rata mengecam tindakannya itu dengan menggelarnya ‘The Corpse Bride’ berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton, akan tetapi ada juga yang memberikan sokongan kepadanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");