Jenayah

Bunuh Di Stesen Minyak: Enam Individu Direman

JOHOR BAHRU – Mahkamah Majistret, di sini hari ini membenarkan perintah reman terhadap enam individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang lelaki yang ditikam dan dilanggar di stesen minyak di Taman Pelangi.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan lapor Sinar Harian.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader mengesahkan penahanan seorang lelaki dan seorang wanita berusia 19 dan 22 tahun pada awal pagi, semalam susulan kes pembunuhan berkenaan.

Empat lagi lelaki berusia 20-an turut ditahan awal pagi tadi sekitar bandaraya Johor Bahru bagi membantu siasatan kes sama.

Ahad lalu, mangsa, Tan Aik Chai, 44 dilaporkan diserang sekumpulan empat lelaki ketika dia bersama isterinya sedang mengisi angin pada tayar kenderaannya di sebuah stesen minyak dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam tepat pada bahagian jantung sebelum digilis kereta jenis BMW yang dipandu suspek.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");