Perak Hari Ini

Catat Sejarah: LAP Badan Berkanun Negeri Pertama Terima Anugerah SAGA

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) berjaya mencatat sejarah apabila menjadi badan berkanun negeri pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh anugerah Sijil Pematuhan Sisitem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan ataupun Standard Accounting for Government Agencies (SAGA) 2017.

Anugerah tersebut dikeluarkan dan disampaikan oleh Jabatan Akauntan Negara, dalam satu majlis anugerah yang sama di Pulau Pinang, pada 22 November lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam pengumumannya hari ini berkata ia merupakan satu pengiktirafan yang terbaik terhadap pengurusan dan gerak kerja LAP selama ini.

“(Tidak dinafikan) Salah satunya (faktor LAP menerima anugerah tersebut) adalah kerana pengurusan kewangan dan akaun yang terbaik di mana LAP tidak berada dalam keadaan menanggung hutang yang serius.

“Dan untuk pengetahuan semua, LAP adalah lembaga pengurusan air terbaik di Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri, melalui LAP akan meneruskan pemberian subsidi air kepada golongan miskin sebanyak 20 meter padu.

Menurutnya, sehingga 28 November tahun ini, usaha tersebut telah memberi manfaat kepada 11,502 buah keluarga, dan 1,953 buah rumah ibadat di seluruh negeri Perak.

Tambah Zambry, kerajaan negeri juga tidak menolak kemungkinan akan menambah bilangan golongan miskin yang didapati layak menerima inisiatif tersebut pada masa akan datang, berdasarkan permintaan dan keadaan kawasan sesuatu tempat.

Pada perkembangan sama, beliau berkata, sepanjang program pemukiman pada tahun ini, LAP, menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),  mereka telah melaksanakan 33 projek yang turut memberi kebaikan kepada 166 buah rumah di seluruh negeri dan sebuah sekolah agama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat LAP di Bangunan LAP di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengurus Besar LAP, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");