Perak Hari Ini

Dakwaan Stadium Manjung Tak Selamat, Tidak Benar- MB Perak

MANJUNG:”Stadium Manjung sedang diperbaiki, kalau ada laporan mengatakan ia tidak selamat maka ia adalah tidak benar, tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung dakwaan tersebut.

Katanya, baikpulih stadium itu dijangka siap pada Januari tahun hadapan yang melibatkan penambahbaikan dari segi prasarana dan kemudahannya.

“Kita sedang membaikpulih stadium Manjung yang juga merupakan sebahagian persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia SUKMA 2018 jadi ia sebagai persiapan awal dengan memperbaiki prasarana dan kemudahan untuk tujuan sukan tersebut,” katanya yang ditemui pada Program Back to School Plus bersama Adun kawasan Pangkor 2017 di sini hari ini.

Jelasnya pendekatan kerajaan negeri yang enggan meletakkan acara tersebut hanya tertumpu di satu kawasan sahaja tetapi ingin berkongsi dengan semua daerah di negeri ini.

“Manjung merupakan salah satu venue acara tersebut jadi semua daerah ada venue sukan untuk SUKMA 2018.

“Jadi kita sedang membaikpulih bagi membesarkan stadium Manjung, dan menambah kapasiti penonton yang mulanya berjumlah 5,000 sedang buat dalam lingkungan 12,000 penonton kelak,” katanya.

Zambry turut meminta agar orang ramai tidak berasa bimbang dengan khabar angin tersebut kerana stadium itu masih berada dalam proses baikpulih sepenuhnya.

Terdahulu dilaporkan, stadium Manjung yang ingin dijadikan sebagai venue rasmi saingan Liga Super 2018 mengantikan sementara Stadium Perak kelihatan masih kabur atas aspek keselamatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");