Isu Panas

Dari Malabar Pun Kami Iktiraf Masuk Melayu: Najib

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan UMNO  merupakan sebuah parti yang sentiasa mengamalkan sikap terbuka disamping menghormati setiap kaum yang berada di Malaysia.

Walau bagaimanapun, beliau yang juga Perdana Menteri berkata ia berbeza dengan parti-parti pembangkang yang mana mereka sentiasa bersikap sempit dalam berpolitik di samping mengkritik etnik dan kaum di Malaysia.

“Bertambah pelik lagi, seorang bekas Presiden UMNO sendiri yang kini pemimpin utama parti pembangkang, masih terperangkap dalam kerangka pemikiran penjajah, sehingga sanggup mencerca etnik keturunan Bugis.

“Betapa rendahnya akal budi yang sedemikian ini. Sedangkan UMNO meraikan kepelbagaian etnik dan rumpun Melayu, waima, ‘Mamak (India Muslim) Malabari’ dari ‘Kerala’ pun kita sudah iktiraf masuk Melayu dan tidak pulak kita suruh pulang,” ujarnya, menerusi laporan Malaysian Digest.

Malabari merupakan etnik yang berasal dari wilayah persisiran pantai Malabar di negeri Kerala, India.

Kenyataan berkenaan dipercayai ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan Najib sebagai lanun Bugis dan mengarahkan Presiden UMNO itu untuk “pergi balik lah keBugis”.

Najib turut memberi respon terhadap keupayaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sehingga kini masih gagal menganjurkan mesyuarat agung tahunan disamping berdepan krisis kepimpinan yang tinggi.

“Mudah kata, kalau nak menguruskan hal ehwal mesyuarat pun gagal, lagu mana nak uruskan negara?

“Cuma, bila sampai Pilihanraya nanti, kalau masih belum selesai lagi hal mereka, janganlah nak tuding kesalahan kepada orang lain, terutamanya Kerajaan. Kan?” ujarnya.

Tambah Najib, PPBM berselindung disebalik perjuangan untuk orang Melayu dan Islam tetapi menjadi ‘perkakas’ kepada DAP yang secara terang AntiMelayu dan Islam.

“Bercakap tentang Mahathir pula, dulu di pentas ini juga beliau mengingatkan kita bahawa, ‘Melayu mudah lupa’, namun pada kita, this man has crossed the line.

“Apabila tergamak bersubahat dan bersekutu, dengan ‘musuh politik’ dan ‘musuh prinsip’ beliau selama puluhan tahun yang lalu. Hanya-sanya untuk memenuhi tembolok agenda kepetingan peribadi dan keluarga semata-mata,” kata Najib  lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");