Jenayah

Datuk, Cucu Maut Nahas Dua Kenderaan

KUANTAN: Dua beranak maut, manakala empat lagi cedera dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 40 Jalan Pekan/Nenasi – Rompin berhampiran Tanjung Batu, Pekan, dekat sini, semalam.

Menerusi laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Pekan, Superitendan Amran Sidek, berkata dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang maut ialah Mohd Yusop Awang, 75, dan cucunya Nur Hidayah Syazwana Ahmad Azhar, 19, dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

Mereka yang cedera pula ialah Siti Fazlina Mazlan, 27, dan anaknya, Muhammad Harraz Amsyar Muhammad Hasrul, 2, serta ibu bapanya Mazlan Yusoff, 49, dan Faridah Noh, 51.

Bagaimanapun, suami Siti Fazlina, Muhammad Hasrul Harun, 27, dan anak bongsu mereka Muhammad Hafiy, 8 bulan, yang dipangku

ibunya tidak cedera.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu Mohd Yusop dari arah Rompin ke Pekan cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan kereta PROTON Saga yang dinaiki Muhammad Hasrul sekeluarga dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu menyebabkan kereta Honda Civic rosak teruk pada bahagian hadapan manakala kereta PROTON Saga remuk pada keseluruhan bahagian,” katanya semasa dihubungi di sini, semalam.

Amran menambah mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Sampel darah kedua-dua pemandu telah diambil untuk ujian toksinkologi dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");