Jenayah

‘Datuk’ Direman Dua Hari

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes sindiket menghasut orang ramai supaya menjadi ahli pertubuhan menyalahi undang-undang serta penjualan darjah kebesaran negeri.

Perintah tahanan reman bermula semalam hingga hari ini dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah, Faridatul Farrah Mohd Shukri.

Difahamkan, lelaki yang berumur 62 tahun itu dipercayai turut menggunakan gelaran Datuk palsu ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam selepas polis menerima laporan berhubung suspek yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket berkenaan.

Terdahulu, polis Johor berjaya membongkar sindiket yang menghasut orang ramai menjadi ahli pertubuhan haram sebelum ditawarkan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri dengan nilai antara RM180,000 hingga RM280,000.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, dua lelaki berumur 40 dan 57 tahun sudah ditangkap di Batu Pahat pada 30 Oktober untuk membantu siasatan memetik sumber Sinar Harian.

“Sebanyak 13 laporan polis dibuat terhadap sindiket ini dengan melibatkan kerugian sebanyak RM1.34 juta.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pertubuhan 1966, Seksyen 471 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan Yang Berhubungan dengan Anugerah 2017 dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");