Sukan Hari Ini

Didakwa Mencekak Leher, Mengheret Isteri: Rich Swann Digantung WWE

BEKAS Juara Cruiserweight WWE, Rich Swann ditahan pihak berkuasa Florida atas tuduhan melakukan kekasaran dan penculikan terhadap isterinya, semalam.

Laporan menyebut yang bintang 205 Live itu telah menimbulkan syak wasangka di kalangan warga tempatan yang menyaksikan insiden pertelingkahan di antara Swann dengan isterinya menyebabkan beberapa saksi telah membuat laporan polis.

Menurut laporan rasmi yang telah dikeluarkan oleh pihak polis Gainesville, pertengkaran antara Swann dan isterinya, Vannarah Riggs atau lebih dikenali sebagai Su Yung bermula ketika Swann memandu kereta yang mana Swann telah mengkritik persembahan Yung yang sebelum itu beraksi di sebuah acara gusti indie tempatan.

Untuk rekod, Su Yung juga adalah seorang penggusti profesional yang agak masyhur dalam arena gusti sirkit bebas di Amerika Syarikat.

Memetik artikel daripada Stadium Astro, kritikan dan pertikaman lidah antara mereka telah menimbulkan marah Swann sehingga menyebabkan Yung ketakutan dan bertindak keluar dari kereta yang sedang bergerak.

Tindakan itu semakin meledakkan amarah bintang berusia 26 tahun ini lantas memberhentikan keretanya di tengah-tengah aliran trafik sambil menengking Yung untuk kembali ke kereta.

Tidak cukup dengan itu, Swann juga dilaporkan bertindak kasar apabila mencekak leher Yung dan mengheret isterinya itu ke kereta.

Ia menyebabkan Yung menjerit meminta tolong menyebabkan beberapa saksi menyangkakan ia adalah kes culik dan membuat laporan polis.

Ketika ditanya pihak polis, Yung mendakwa yang Swann mempunyai masalah panas baran pada satu-satu masa dan tindakannya keluar dari kereta adalah kerana merasakan dirinya terancam dan akan diserang secara fizikal.

Pada masa sama, Swann telah menafikan yang dia telah berkasar dengan isterinya dan hanya mahu membawa pulang Yung ke rumah kerana Yung memiliki aplikasi GPS pada telefonnya.

Insiden ini telah menyebabkan pihak WWE menggantung serta-merta kontrak Swann bersama mereka.
Berikut merupakan kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan WWE: “WWE tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dalam hal yang melibatkan kekasaran. Dan menurut polisi syarikat, Rich Swann telah digantung serta-merta susulan penangkapan terhadapnya.”

Jika disabitkan kesalahan, Swann boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sebanyak US$5,000, selain ia juga akan menyebabkan kontraknya bersama WWE ditamatkan dan dipecat serta merta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");