Jenayah

Disangka Pencuri, Wanita Digigit Anjing K9 Saman Polis

MINNESOTA: Seorang wanita tidak menyangka rutin membuang sampah di belakang rumah bertukar tragedi apabila dia diserang seekor anjing pengesan (K9) polis St Paul, Minnesota, Amerika Syarikat (AS).

Mangsa Desiree Collins, 52, terkejut apabila diserang anjing K9 bernama Gabe itu dalam kejadian pada September lalu kerana disangka suspek pencuri.

Malah, Collins turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas digigit kira-kira 30 saat oleh Gabe memetik sumber Astro Awani.

Pegawai Polis St Paul, Thaddeus Schmidt yang bertanggungjawab mengendalikan Gabe gagal memberhentikan perbuatan haiwan itu walapun telah diarahkan.

Pada ketika itu, Schmidt yang mengendalikan Gabe sedang memburu dua suspek yang disyaki pencuri sebelum ‘menyerang’ Collins.

Collins kemudian menfailkan tuntutan di mahkamah atas kecuaian pegawai polis St Paul itu.

Akibat daripada serangan itu, Collins mendakwa dia mengalami kecederaan dengan beberapa kesan luka.

Video kamera polis menunjukkan anjing itu terus menerkam ke arah Collins dan menggigit bahagian lengannya selama kira-kira 30 saat, walaupun telah diarahkan oleh schmidt.

Ketua polis St. Paul, Todd Axtell menyatakan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");