Jenayah

Doktor ‘Diburu’ Hantar 900 Mesej Seks Sejak Hari Pertama Tugas

SEORANG doktor kanan ‘mengganggu’ seorang doktor yang baru bertugas di tempat kerjanya dengan menghantar sehingga 900 mesej WhatsApp, termasuk gambar dan video tidak senonoh dirinya sendiri sejak hari pertama wanita itu berkerja, tribunal diberitahu.

Dr Julian Proctor, 36, didakwa menghantar lebih dari 100 mesej sehari kepada doktor muda itu, seolah-olah memburunya sepanjang tempoh seminggu, menyatakan mereka sepatutnya mempunyai ‘hubungan cinta rahsia’.

Wanita berusia 20-an yang dikenali sebagai Dr B itu berterusan memberitahu Proctor bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki, tetapi Proctor dikatakan terus melakukan penderaan seksual terhadap dirinya, termasuk menghantar video atau gambarnya sedang mandi atau berseluar dalam.

Beberapa gambar dan mesej tidak senonoh itu dihantar kepada doktor berkenaan ketika kedua-duanya berada dalam mesyuarat kakitangan bersama rakan sekerja lain di Hospital Pilgrim di Boston, Lincolnshire, di mana dia adalah pendaftar kanan, pendengaran diberitahu.

Dalam pertemuan lain, Proctor didakwa cuba memeluk wanita itu di dalam lif di luar Unit Perubatan Akut sebelum menepuk bahagian sulitnya dan kemudian berpura-pura menciumnya di bilik sebelah sambil bertanya: “Sejauh mana kamu sukakan saya?”

Apabila dia diminta berhenti bertindak sedemikian, dia dikatakan telah berkata: “Tapi saya suka kamu, saya tak boleh menahannya.”

Ketika Perkhidmatan Tribunal Pengamal Perubatan, wanita itu berkata: “Saya tahu tentang reputasinya sebelum berjumpa dengannya, kawan dan kekasih saya sudah beri amaran kepada saya. Tetapi saya fikir pada mulanya apa yang dikatakan tentang Dr Proctor adalah satu gurauan, amat mustahil untuk menjadi nyata.”

Pendengaran diberitahu Proctor mensasarkan wanita berkenaan pada April tahun lalu, pada syif pertamanya di hospital.

Peguam untuk Majlis Perubatan Umum Peter Atherton berkata: “800 hingga 900 mesej yang dihantar oleh Dr Proctor kepadanya menunjukkan bahawa dia berniat dan tidak henti-henti memburu Dr B untuk seks.

“Dr B adalah ‘junior’ kepada Dr Proctor, jadi dia bertindak sebagai ketua pendaftar. Dia cuba untuk mempunyai hubungan yang baik dengannya tetapi menyatakan dengan jelas dia tidak mahu melakukan hubungan seksual dengannya.”

Proctor mengaku menghantar mesej seksual yang jelas tetapi menafikan meminta Dr B terlibat dalam hubungan seksual dengannya.

Dia juga menghadapi tuduhan salah laku yang tidak berkaitan berhubung penjagaan dua pesakitnya. Perbicaraan diteruskan memetik laporan TelegraphUK.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");