Jenayah

Dua Lelaki Didakwa Miliki Sijil Cuti Sakit Palsu

MELAKA – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 15 keping sijil cuti sakit palsu, awal bulan ini.

Muhammad Yusran Jusoh, 19, dan Muhammad Raman Omar, 21, yang didakwa secara berasingan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Norma Ismail.

Muhammad Yusran, pelajar politeknik di Melaka, menghadapi lima pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di hadapan Stesen Minyak Petron Peringgit, LT 1678 Jalan Tun Abdul Razak Peringgit, di sini pada jam 9.10 malam, 4 Dis lepas.

Muhammad Raman, penjaga stor, pula menghadapi 10 pertuduhan memiliki sijil cuti sakit yang digunakan sebagai tulen di sebuah rumah di No. 229-1 Jalan Melati 3, Taman Peringgit Jaya, di sini pada jam 10.10 malam, 4 Dis lepas lapor Bernama.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 474 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Norma membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Jan ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban, manakala Muhammad Yusran diwakili peguam Fahmy Sulaiman dan Muhammad Raman oleh peguam Sulaiman Harmain Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");