Berita Hari Ini

Dua Warga Palestin Maut Dalam Tunjuk Perasaan Anti Israel

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya dua warga Palestin terbunuh dalam pertempuran dengan tentera rejim zionis susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Dalam masa yang sama 14 dilaporkan cedera dalam serangan udara rejim Yahudi di Semenanjung Gaza.

Memetik laporan Astro Awani, mangsa pertama ditembak mati tentera Israel di sempadan Gaza ketika sedang menyertai protes.

Manakala, mangsa kedua, lelaki berusia 54 tahun meninggal dunia dalam pertempuran di Semenanjung Gaza.

Menurut Persatuan Bulan Sabit merah, lebih 80 warga Palestin cedera dalam protes di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang dihujani peluru dan gas pemedih mata.

Trump pada Khamis menjadi presiden pertama AS yang mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Keputusan itu menimbulkan kemarahan dunia termasuk Malaysia yang mahu negara itu mengkaji semula keputusan tersebut kerana ia dilihat sebagai satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam.

Selain itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniya menyifatkan keputusan tersebut sebagai deklarasi perang terhadap rakyat Palestin serta panggilan ‘intifada’ atau pemberontakan.

Haniya dalam satu ucapan di Kota Gaza pada Khamis berkata pengiktirafan Trump itu ‘membunuh’ proses perdamaian Israel-Palestin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");