Membawang Hari Ini

Elfira Loy Belanja RM10,000 Membeli Belah Di Los Angeles

Video yang dimuat naik di akaun Youtube milik Elfira, Twink3l TV pada Sabtu lepas itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pelakon itu membazir.

Di dalam video Unboxing Los Angeles Sephora Haul yang memaparkan telatah Elfira Loy berbelanja sakan di Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Segelintir netizen yang meramal bakal suami Elfira, Sufian Suhaimi perlu lebih berusaha keras bagi memenuhi menanggung hidup mewah Elfira selepas berkahwin.

Ibu Elfira, Filzah Yusoff membebel kepada Elfira tentang perbenlajaan yang dibuat oleh beliau,

“Eh beli-beli tak apa… Duit dia yang habis, bukan duit aunty jadi apa nak risau.

“Kahwin nanti duduk rumah setinggan je,” katanya Ibu Kepada pelakon itu.

Video yang dimuat naik oleh Elfira mencatat lebih daripada 300,000 tontonan dan pelakon beliau juga kongsikan didalam akaun Instagramnya.

Elfira Loy menjelaskan yang beliau pergi ke Los Angeles untuk sebuah acara tetapi sempat untuk membeli belah dan setelah menghabiskan sebanyak RM10,000 ke atas barangan kecantikan, pelakon itu berasa kesal.

“Tak tahulah kenapa jadi begini tetapi apabila sampai di kaunter pembayaran, saya tak boleh patah balik. Jadi, kita terima sahajalah,” katanya.

– Astro Gempak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");