Jenayah

Empat Pemancing Hanyut Diselamatkan

LABUAN – Empat pemancing yang hanyut di laut lebih 20 jam apabila enjin bot mereka rosak, diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berhampiran Pulau Tiga pada Ahad.

Mereka yang dikenal pasti sebagai Ali@ Cherlie M Yussof, 62; Jamhari Bujang, 54; Wilfred Balang Singa, 38 and Amri Ahmad Astor, 33 meninggalkan Pohon Batu Labuan sekitar 4.10 petang pada Sabtu memetik sumber Bernama.

Bagaimanapun, bot mereka mengalami masalah teknikal sekitar 10.30 malam selepas dipukul ombak besar dalam keadaan hujan lebat menyebabkan mereka hanyut ke Pulau Tiga.

Selepas gagal membaiki enjin bot, mereka menghubungi keluarga masing-masing yang kemudian memaklumkan kepada Maritim pada 10 pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Maritim Labuan, Komander Maritim Nor Bakari Abu Bakar berkata usaha mencari dan menyelamat bermula pada tengah hari Ahad selepas mereka menerima laporan daripada anggota keluarga pemancing terbabit.

Beliau berkata Maritim berjaya mengesan lelaki terbabit enam jam kemudian.

Sementara itu, sebaik tiba di Jeti Maritim Labuan pada 12.10 tengah malam tadi, Jamhari digegaskan ke Labuan Nucleus Hospital selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Ali yang bercakap bagi pihak pemancing terbabit berkata sebelum belayar mereka telah memeriksa enjin bot itu yang didapati dalam keadaan baik.

“Kejadian ini di luar jangka dan kami bersyukur serta berterima kasih kepada agensi (Maritim),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");