Berita Hari Ini

Empat Rakyat Palestin Maut

BAITULMAQDIS: Angka kematian warga Palestin akibat pertempuran dengan tentera Israel dilapor meningkat kepada empat orang.

Memetik laporan Sinar Harian, dua lelaki menjadi mangsa terbaru serangan udara Israel yang menyasarkan kemudahan senjata Hamas di Nusseirat di tengah Genting Gaza.

Sumber Hamas mendedahkan, mangsa dikenali sebagai Abdullah al-Atal, 28, dan Mohammed al-Safadi, 30.

Bagaimanapun, gerakan itu tidak mendedahkan sama ada mangsa adalah ahlinya.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan, dua penduduk Palestin maut dalam pertempuran yang tercetus susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Seorang lagi penduduk dilaporkan sangat kritikal selepas ditembak di bahagian kepala semasa pertempuran itu.

Menurut kementerian tersebut,  14 penduduk tercedera dalam serangan udara dilancarkan tentera Israel.

Sementara itu, sumber lain melaporkan, 25 rakyat Palestin cedera dalam serangan di dua lokasi di Genting Gaza sejurus umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat.

Tentera Israel mendakwa, kira-kira 4,500 rakyat Palestin terbabit dalam keganasan di enam lokasi di sepanjang sempadan Genting Gaza lapor TRT World.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");