Membawang Hari Ini

Erma Fatima Pertahan Iqram Dinzly

PENGARAH Erma Fatima meletakkan kepercayaan kepada pelakon Iqram Dinzly walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya disebabkan sikap dan aksi peliknya di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Erma menerusi Instagram peribadinya memberitahu dia yakin apa dilakukan Iqram mempunyai sebab tertentu selain untuk memberi orang lain melihat diri mereka sendiri.

“Aku tak percaya! Biar apa pun kata mereka… aku tetap tak percaya.

“Di mana juga kau berada dik… Akak percaya kau tahu apa yang sedang kau lakukan.

“Setiap kali Akak tengok video live kau… setiap kali itu hati Akak yakin… kau sedang membuat satu persembahan di atas panggung untuk kami melihat diri kami,” tulisnya memetik sumber Mstar Online.

Dalam pada itu, Erma berkata, apa dipaparkan oleh Iqram menerusi video di laman sosial sebenarnya mengingatkan orang lain tentang sikap buru yang ada pada diri masing-masing.

Malah kata Erma dia percaya, Iqram masih individu sama seperti mana yang dikenalinya.

“Maki hamun, keji mengeji itulah kita. Terima kasih kerana mengingatkan kami tentang diri kami.

“Akak percaya kau masih Iqram Dinzly yang aku kenal dulu,” tulisnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");