Berita Hari Ini

ETS Tambahan Laluan Sungai Buloh-Ipoh-Sungai Buloh Setiap Hujung Minggu

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan Sungai Buloh-Ipoh-Sungai Buloh pada setiap Sabtu dan Ahad bermula esok.

KTMB dalam kenyataan hari ini berkata ETS tambahan dari Sungai Buloh-Ipoh yang akan mengambil masa kira-kira dua jam dan 40 minit dijadualkan berlepas pada 7.30 pagi dan 3 petang.

Sementara perjalanan dari Ipoh-Sungai Buloh pula berlepas pada 11.45 pagi dan 6.10 petang.

“Melalui perkhidmatan tambahan ini, orang ramai yang ingin membuat perjalanan ke Stesen Ipoh kini mempunyai pilihan untuk menaiki perkhidmatan ETS dari Stesen Sungai Buloh sebagai stesen permulaan tanpa perlu menempuh kesibukan ibu kota.

“Para penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan tren KTM Komuter dan tren MRT untuk ke Stesen Sungai Buloh,” katanya, menerusi laporan Bernama.

Tiket boleh dibeli di kaunter tiket KTMB atau secara atas talian menggunakan sistem e-Ticket, aplikasi telefon pintar (KTM MobTicket) serta agen-agen tiket KTMB yang berdaftar.

Jadual lengkap bagi perkhidmatan ETS boleh didapati di laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh hubungi talian 03-22671200.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");