Membawang Hari Ini

Fadlan Hazim Jatuh Sakit Rindukan Datuk

KUALA LUMPUR: Sedih kerana kehilangan datuk tersayang, pelakon Fadlan Hazim demam panas hingga dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta, sejak seminggu lalu.


Kesihatan beliau mula terganggu selepas kematian datuknya, Md Idris Lahuma, akibat sakit tua pada 4 Disember lalu.

“Saya sangat rapat dengan arwah. Dia adalah lelaki penting dalam hidup saya, malah seperti bapa sendiri.

“Saya terlalu terkenangkan arwah selepas dia pergi tempoh hari,” katanya kepada BH Online.

Fadlan memberitahu, beliau bagaimanapun bersyukur kerana sempat menjaga arwah datuknya itu.

“Saya masih ingat terima panggilan kecemasan pada malam 29 November memberitahu datuk saya jatuh. Arwah koma selama seminggu.

“Sejak itu, saya buat keputusan tinggalkan semua urusan dan menjaga datuk di hospital sehingga arwah dijemput Ilahi pada 4 Disember lalu,” katanya.

Kesedihannya itu menyebabkan beliau kurang tidur tetapi reda dengan pemergian datuknya.

– BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");