Jenayah

Gara-Gara Stokin Bau Semerbak, Pemuda Cetuskan Rusuhan Dalam Bas

NEW DELHI: Gara-gara bau stokin yang ‘semerbak mengharum’ seorang lelaki ditahan pihak polis India kerana bau busuk telah menyebabkan sekumpulan penumpang bas di Wilayah Himachal Pradesh, India bertindak merusuh.

Lapor media tempatan, lelaki itu sebelum itu menanggalkan kasut dan stokinnya menyebabkan penumpang lain yang dalam perjalanan ke New Delhi tidak dapat menahan kesabaran dan mula memaki hamun lelaki terbabit.

Dia turut disuruh membuang stokin ‘semerbak’ yang disifatkan seperti bau bangkai itu keluar dari bas.

Namun tidak dipedulikan lelaki itu menyebabkan satu pertengkaran tercetus.

Pemandu bas yang bosan dengan tingkah laku kemudiannya bertindak menghentikan bas terbabit di sebuah balai polis di daerah Una dalam wilayah Himachal Pradesh.

“Dia ditahan kerana menyebabkan gangguan kepada orang awam dan kemudiannya dilepaskan atas jaminan,” kata Ketua Polis Una, Sanjeev Gandhi.

Lelaki itu sebaliknya memfailkan laporan polis dengan mendakwa penumpang lain telah mengancamnya dan tetap bertegas mengatakan stokinnya tidak berbau busuk.

Dia kemudiannya meninggalkan balai polis terbabit pada hari berikutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");