Jenayah

Gelandangan Ditemui Mati Di Kawasan Perkuburan

DUNGUN – Seorang gelandangan ditemui mati di sebuah kawasan tanah perkuburan Islam masjid Jamek Paka, di sini, pagi tadi.

Mayat warga emas, Ismail Puteh 70, ditemui dalam keadaan terbaring oleh penduduk setempat yang melalui kawasan itu kira-kira jam 9.50 pagi.

Lelaki yang dikenali dengan panggilan “Pok Weng” itu didakwa sering berada di kawasan itu setiap hari dan makan minum hasil daripada ehsan orang ramai lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berasal dari kampung Limbong, Paka itu juga difahamkan hidup sebagai gelandangan dan tidak suka tinggal di rumah serta kurang siuman.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat tersebut.

“Dimaklumkan penduduk menemui satu mayat terbaring di kawasan belakang masjid sebelum melaporkan kepada balai polis Paka.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sebelum jenazah diserahkan kepada, ahli keluarga atau waris,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat,mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh kurang 12 jam dan dipercayai kes tidak membabitkan unsur jenayah.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");