Perak Hari Ini

Gerbang Malam Ipoh Tetap Ada Peminat

IPOH: ‘Gerbang Malam Ipoh’ mungkin satu lokasi yang tak perlu diceritakan lagi kepada semua.

Jika anda singgah di bandar raya Ipoh,kunjungan anda tidak akan lengkap jika tidak mengunjungi Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar di sini.

Gerbang malam ini antara lokasi yang menghidupkan keceriaan suasana malam di bandar raya ini sejak diwujudkan pada 2003 malah masih gah sehingga kini.

Ia mendapat sambutan terutama pada hujung minggu dan musim perayaan, apabila melalui jalan berhampirannya pastinya sesak dengan kenderaan pengunjung yang singgah membeli-belah.

Terdapat lebih 100 buah gerai dibuka dari pukul 7 malam hingga pukul 12 malam yang menggunakan konsep perniagaan terbuka dipastinya menarik perhatian pengunjung untuk membeli-belah pada waktu malam setelah seharian sibuk bekerja.

Gerbang malam yang mempunyai slogan ‘Singgah le…macam-macam ada’ turut menawarkan pelbagai barangan jualan pada harga murah dan berpatutan.

Antara barangan yang dijual adalah kasut, baju, beg, aksesori telefon, tali pinggang, seluar dan sebagainya.

Antara gerai yang menjadi tumpuan pengunjung iaitu gerai cermin mata dan gerai yang menyediakan perkhidmatan urutan kaki.

Gerbang malam juga boleh menjadi salah satu tempat untuk dikunjungi pelancong asing yang singgah bercuti di negeri ini.

Perlu Beri Nilai Tambah Pada Gerbang Malam

Tidak dinafikan pihak Majlis Bandaraya Ipoh telah melaksanakan pelbagai langkah mengindahkan kawasan gerbang malam.

Malah yang terbaru, laluan pejalan kaki sepanjang gerai gerbang malam juga telah dibaikpulih namun ternyata kualiti dan pemilihan reka bentuknya mengundang kemarahan pengguna.

Mereka rata-rata tidak bersetuju dengan keadaan jalan yang begitu kasad hingga ada segenlintir dari mereka terjatuh apabila melaluinya.

Keadaan batu jalan yang tidak sekata turut menyukarkan keluarga yang membawa anak kecil menggunakan kereta sorong bayi.

Selain itu nilai tambah gerbang malam juga boleh ditingkatkan dengan memasang lampu di papan tanda Gerbang Malam bagi menghidupkan suasana malam di bandar raya ini.

Sementara itu peniaga, Bakri Hassan, 31, berkata, gerbang malam boleh diceriakan dengan mengadakan pelbagai program yang boleh menarik pengunjung.

Antara program tersebut adalah pertandingan karaoke dan auto show yang boleh menghidupkan lagi suasana malam di bandar raya ini.

“Pengunjung tidak ada tempat lain seperti gerbang malam yang boleh dikunjungi pada setiap malam dan sambutan penduduk menggalakkan terutama pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Setiap musim perayaan, gerbang malam menjadi tumpuan pengguna untuk membeli barang keperluan yang boleh didapati pada harga berpatutan,” katanya.

Pengunjung, Suhaila Maidin, 29, berkata, istimewanya gerbang malam adalah pelbagai barangan boleh didapati di situ.

“Selain harga murah, barangan di sini boleh dibeli pada harga berpatutan,” katanya.

Katanya berbelanja di Gerbang Malam amat bersesuaian dengan kos sara hidup yang semakin meningkat kini.

Bagi Mohd Azuan Farid, 23, kawasan ini menjadi tarikan utama para pelanggan setianya kerana barangan yang dijual berkualiti dan mudah didapati.

“Saya sentiasa mengunjungi kawasan ini kerana apa sahaja barangan senang diperolehi pada harga yang berpatutan,” katanya.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");