Berita Hari Ini

Gesa umat Islam Boikot Produk AS, Israel

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini disaran memboikot produk buatan Israel dan Amerika Syarikat sebagai bantahan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Presiden Ekonomi Rakyat Malaysia (Perkira), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah dengan tindakan memboikot produk kedua-dua negara itu memberi peluang kepada rakyat untuk mengutamakan produk buatan tempatan.

“Kita mohon umat Islam boikot habis-habisan. Inilah cara untuk berjuang pada zaman ini, bukan untuk angkat pedang sebaliknya kita sekat daripada sudut ekonomi. Itu sudah cukup,” katanya lapor Sinar Harian.

Tambahnya tindakan memboikot produk daripada kedua-dua negara itu suatu masa dahulu telah membuahkan hasil.

“Produk buatan kita banyak dan setanding, Revlon misalnya yang berasal dari Israel. Lebih baik kita gunakan produk tempatan jenama DHerbs, buatan Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");