Berita Hari Ini

Google Maps Ada Ciri Maklum Bila Kena Turun Bas, Tren

LOS ANGELES – Bimbang terlepas destinasi sepatutnya? Jangan bimbang kerana Google Maps memperkenalkan ciri pemberitahuan masa bagi pengguna untuk turun dari bas atau kereta api.

Ia dihasilkan untuk memberi makluman kepada para penumpang mengenai hentian pengangkutan awam menerusi arahan terperinci yang sering digunakan oleh para pemandu kereta yang menggunakan sistem GPS.

“Anda boleh pantau tempat perjalanan anda dengan tepat, sama seperti ketika anda memandu kenderaan atau berjalan kaki,” menurut kenyataan Google menerusi catatan laman blognya baru-baru ini.

Menurut Google lagi, ciri ini boleh didapati pada aplikasi Google Maps untuk Anroid. Namun, menurut laporan, hanya telefon pintar dengan sistem operasi 8.0 Oreo mempunyai akses kepada ciri ini.

Walaupun Google tidak menyebutkan apa-apa tentang peranti Apple, nampaknya para pengguna gajet iPhone sudahpun mempunyai akses kepada ciri yang agak lebih kurang serupa.

Ciri baharu canggih ini mungkin bermanfaat buat penumpang yang sering tertidur atau tidak sedar akan perjalanan mereka ketika sibuk dan leka menggunakan aplikasi lain.

Pengguna hanya perlu pilih untuk menerima pemberitahuan pada telefon Android mereka tentang tempat penting seperti stesen di mana mereka perlu tukar ke platform kereta api lain atau turun dari bas.

Para pengguna boleh menekan butang “mula” di bahagian bawah skrin mereka selepas memilih destinasi pilihan masing-masing dan kemudian akan menerima pemberitahuan sepanjang perjalanan mereka.

Ciri unik ini juga dapat memudahkan perjalanan para pelancong asing atau mereka yang perlu mengunjungi ke tempat yang baharu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");