Perak Hari Ini

Guru Tuisyen Terima Ancaman ‘Makan Peluru’

IPOH: Selama lima tahun mengendalikan 10 kes jenayah termasuk kes ancaman tembak, namun seorang guru tuisyen tidak menyangka dia kini menjadi sasaran seorang penjenayah misteri.

Cheng Min Tat, 39, yang juga aktif dalam kerja-kerja sosial itu berkata, dia tidak berasa terancam sebaliknya akan meneruskan khidmatnya kepada masyarakat.

“Semalam (11 Disember) saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dan mengancam dengan mengatakan bahawa saya ‘akan makan peluru’ di pusat tuisyen saya di Taman Bercham Sinar.

“Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Kantonis itu berkata dia telah mengupah seseorang untuk melakukanya, tanpa memberi tahu sebarang alasan mahupun identiti orang yang diupah.

“Dia juga mendakwa mempunyai segala butir peribadi saya berserta gambar.

“Namun, dia berkata,  dia tidak akan melakukanya, jika saya mendepositkan RM1,000 kepada dua akaun bank,” katanya.

Min Tat yang juga Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Bercham berkata dia memperolehi segala maklumat peribadinya menerusi artikel yang diterbitkannya di akhbar-akhbar tempatan.

Beliau juga berkata, lelaki misteri itu membuat panggilan kepadanya tidak kurang daripada 10 kali, dalam tempoh dua jam.

“Saya tidak tahu mengapa saya diancam sebegini rupa kerana saya yakin saya tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya harap pihak berkuasa dapat menyiasat kes yang serius ini dengan secapat mungkin,” jelasnya, dalam satu sidang media di Pejabat MCA Perak di sini hari ini.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat, pada hari yang sama.

Dalam perkembangan sama, katanya, pegawai penyiasat telah pun membuat panggilan telefon kepada nombor berkenaan, namun sehingga kini, gagal mendapat sebarang respon.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak Jimmy Loh Thim Kheun yang hadir berkata, orang ramai tidak harus panik jika mendapat sebarang panggilan telefon berbaur ugutan seperti ini, sebaliknya terus melaporkan ia kepada pihak polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");