Perak Hari Ini

Hari Inovasi: Amazing Race@MBI  Uji Kecerdasan, Ketangkasan Peserta

IPOH: Bersempena dengan sambutan Hari Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2017, satu pertandingan sukan, Amazing Race@MBI telah diadakan hari ini.

Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Zakaria berkata ia merupakan satu perlumbaan yang menguji ketangkasan peserta dan kecerdasan cara berfikir  dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi pada setiap tempat pemeriksaan (checkpoint).

Katanya, kawasan yang terlibat ialah, Perkarangan MBI, Taman Dr Seenivasagam, Perpustakaan Tun Razak, Aeon Klebang, serta berakhir di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Manakala, soalan dan cabaran di setiap checkpoint pula bertemakan inovasi dan pengetahuan am, kata Mohd Zakuan.

 

“Jika sebelum ini, kita mengadakan ‘Ino-race’, dan pada tahun ini, buat pertama kali, kita adakan Amazing Race pula.

“Selain itu, acara hari ini juga menampilkan keunikannya di mana para peserta menggunakan kenderaan sendiri  untuk bergerak, yang mana MBI juga  telah menyediakan elaun minyak untuk mereka.

“Berbanding dengan tahun sebelum ini, perserta hanya berjalan kaki,” ujarnya kepada media ketika di temui di Perkarangan MBI, dekat sini, pada Rabu.

Tambahnya lagi, juara bagi pertandingan ini bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500 berserta sijil penyertaan.

Dalam pada itu, Mohd Zakuan berkata jika program ini berjaya beliau tidak menolak kemungkinan akan membuka pertandingan seumpana ini  kepada umum, agensi media tempatan, dan jabatan-jabatan kerajaan.

Amazing Race@MBI ini melibatkan 67 pasukan, yang terdiri daripada 268 peserta dalam kalangan kakitangan MBI.

Pertandingan ini juga merupakan salah satu daripada 10 pertandingan yang diadakan bersempena dengan Hari Inovasi MBI 2017 yang antara lainya ialah, pertandingan kuiz inovasi, pertandingan artikel inovasi, pertandingan berbalas pantun inovasi, pertandingan fotografi inovasi dan pertandingan buskers.

Acara kemuncaknya akan diadakan esok yang mana ia akan dirasmikan Datuk Bandar, Datuk Zamri Man.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");