Membawang Hari Ini

Ibu Zul Ariffin Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

IBU kepada pelakon Zul Ariffin, Robiah Nasir, telah meninggal dunia kira-kira pukul 3.40 pagi hingga 4 pagi tadi akibat serangan jantung.

Allahyarhamah Robiah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya iaitu kakak kepada aktor Zul Ariffin di Sungai Penchala, Damansara memetik sumber Astro gempak.

Difahamkan, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur selepas disembahyangkan di masjid Sungai Penchala.

Kehilangan ibu tercinta pastinya satu kehilangan besar buat Zul Ariffin dan keluarganya kerana Robiah dikatakan sangat rapat dengan kesemua anak-anaknya.

Sementara itu di ruangan komen Instagram Zul Ariffin FC (ZAFC), sudah mula dihujani ucapan takziah daripada para peminat yang turut mendoakan agar Zul Ariffin tabah menjalani ujian ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");