Perak Hari Ini

IJN Mobile Disaran Perbanyakkan Bantuan Di Kawasan Luar Bandar

BAGAN SERAI:Kehadiran pasukan ‘IJN mobile’ke kawasan luar bandar bagi memberi pemeriksaan jantung secara komprehensif kepada penduduk kurang berkemampuan perlu diperbanyakkan.

Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Institut Jantung Negara(IJN) kini sudah 25 tahun telah menjadi pusat pengkajian kardiologi negara termasuk kewujudan kolej IJN yang menjadi tumpuan doktor pakar jantung dalam dan luar negara.

Berikutan itu katanya, IJN telah membantu merawat ratusan ribu pesakit jantung dari dalam dan luar negara setelah sekian lama.

“Sememangnya cadangan penubuhan cawangan IJN di beberapa kawasan utama bagi mengurangkan kesesakan pesakit di bangunan ibu pejabat IJN, Kuala Lumpur amat baik.

“Namun, buat masa ini, IJN dilihat lebih menumpukan program turun padang melalui pasukan IJN mobile dan sepanjang tahun ini, sudah 20 lokasi dilawati pasukan ini termasuk Parlimen Bagan Serai.

“Bagaimanapun, pada masa hadapan ,kita mengharapkan lebih banyak pembabitan IJN untuk turun padang di kawasan luar bandar kerana ia ternyata memberi banyak manfaat kepada penduduk luar bandar yang sukar hendak ke IJN Kuala Lumpur,”katanya kepada media selepas majlis pelancaran penutup program Funride Parlimen Bagan Serai 2017 di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 2,000 pengunjung telah memeriahkan Funride Parlimen Bagan Serai anjuran Yayasan Generasi Malaysia yang berlangsung di Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin di sini.

Program itu merupakan julung kali diadakan dan telah disertai oleh pasukan pemeriksaan Institut Jantung Negara(IJN) Mobile yang ternyata menjadi tumpuan pengunjung bagi menjalani pemeriksaan jantung seawal jam 9 pagi.

Turut diadakan program kayuhan basikal secara santai sejauh 25 kilometer yang disertai lebih 800 peserta.

Tambah Dr Noor Azmi lagi, kayuhan yang bermula di dataran Mini Stadium melalui Jalan Ipoh-Butterworth, Jalan Simpang Empat Semanggol, Bukit Merah, Alor Pongsu sebelum kembali semula ke dataran itu.

“Peserta kayuhan terdiri dalam kalangan kanak-kanak, dewasa, dan warga emas di mana terdapat sebahagian peserta yang sanggup datang dari Perlis, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Selain program utama ‘funride’, pihak kami turut menyediakan dua lagi program utama iaitu program senamrobik zumba dan pemeriksaan kesihatan jantung oleh pasukan IJN Mobile.

“Syukur program yang turut mendapat kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai berjaya dilangsungkan dengan jayanya, termasuk menyatupadukan seluruh penduduk Bagan Serai tanpa mengira pangkat, usia, kaum, agama dan perbezaan politik,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");