Berita Hari Ini

Isteri KPN Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Azizah Hamdi meninggal dunia akibat barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Menurut Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memetik sumber Astro AWANI hari ini, Azizah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.02 malam tadi.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp, jenazah Azizah akan dibawa ke Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk disempurnakan sebelum dibawa ke kampung halaman di Rapat Jaya, Ipoh untuk upacara pengebumian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");