Isu Panas

Isu Bugis:Tun M Akan Disiasat – KPN

BUTTERWORTH: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil polis untuk siasatan berhubung kenyataannya mengenai bangsa Bugis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pegawai penyiasat akan menyelesaikan tugas mereka termasuk menyoal siasat Dr Mahathir.

“Beliau pasti akan dipanggil untuk disoal siasat secepat mungkin,” kata Mohamad Fuzi kepada pemberita di sini, Selasa memetik sumber Mstar Online.

Dua kertas siasatan dibuka berhubung kenyataan Dr Mahathir mengenai penghinaan terhadap bangsa Bugis pada perhimpunan Pakatan Harapan di Shah Alam, baru-baru ini.

Awal bulan lalu, Sultan Selangor yang juga keturunan Bugis menegur Dr Mahathir seolah-olah cuba dan menghasut rakyat Malaysia supaya membenci, menghina dan merendahkan orang Bugis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");