Membawang Hari Ini

Isu Gaduh: Lana Serahkan Pada Peguam

Ekoran kes pergaduhan yang mengaitkan dia dengan penyanyi Noorshila Amin sehingga mencetuskan kontroversi, aktres Lana Nodin memaklumkan beliau akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini.

Lapor Harian Metro, pelakon berusia 37 tahun itu berkata dia tidak menyangka kes tersebut menjadi besar namun dia menyerahkan perkara tersebut kepada peguamnya untuk diselesaikan.

“Sebenarnya saya tidak sangka kes ini jadi besar. Memandangkan pihak di sana membuat sidang media, saya terpaksa meminta nasihat peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Noorshila melafazkan sumpah laknat terhadap Lana bagi membuktikan dirinya tidak mengambil wang dari lapan artis yang terbabit dalam ekspo di Brunei, April lalu.

Artis disebutkan ialah Encik Mimpi, Jasmin Ashraff, Anina Ahmad B, Liza Abdullah, Shila Mambo, Rozie Othman, Zul Yahya dan Aiman Tino.

Lana turut mempersoalkan tindakan Noorshila yang tidak meminta penjelasan daripada penganjur terlebih dahulu mengenai pertuduhan terbabit.

“Saya tidak mahu bercerita panjang hal ini, biar selesai urusan perniagaan di Singapura barulah saya buat sidang media,” katanya.

Pergaduhan Lana dan Noorshila tular di media sosial apabila dikongsi penyanyi Roslan Shah di laman Facebooknya.

Penyanyi Rambu Ramba itu dikatakan menendang troli Lana ketika berniaga di Singapura.

Susulan itu, Noorshila membuat laporan polis terhadap Roslan Shah pada 3 Disember lalu diikuti Lana keesokan hari di Balai Polis Seremban 2.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");