Perak Hari Ini

Isu Lampu Isyarat Taman Bersatu, Simpang Pulai Selesai

IPOH:Penduduk di sekitar kawasan Kampung Sengat dan Taman Bersatu kini boleh menarik nafas lega setelah permohonan lampu isyarat di persimpangan lokasi itu telah diluluskan dan berfungsi hari ini.

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata Kementerian Kerja Raya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 bagi penyediaan lampu isyarat tersebut yang bakal memberikan manfaat kepada kira-kira 10,000 pengguna jalan raya tersebut.

Terdahulu jelasnya persimpangan Jalan Ipoh-Butterworth (persimpangan Taman Bersatu) Simpang Pulai dikatakan berbahaya dan turut mengundang beberapa kemalangan kecil hampir setiap minggu.

“Kerajaan sentiasa mengambil perhatian dan bertindak begitu cekap bagi mengatasi permasalahan ini dan proses pemohonan hanya mengambil masa dalam beberapa bulan bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak tahun 2004.

“Berikutan itu pada 24 Mei yang lalu masalah ini telah disampaikan kepada saya dan saya terus memaklumkan kepada Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 9 Jun lalu dan diluluskan pada 25 Jun yang lalu,” katanya dalam satu sidang media pada majlis perasmian lampu isyarat Jalan Ipoh-Butterworth (persimpangan Taman Bersatu) Simpang Pulai di sini hari ini.

Katanya lagi, pembinaan lampu isyarat yang bermula pada 1 Oktober lalu telah berfungsi secara rasmi hari ini akan membantu melancarkan trafik di sepanjang jalan tersebut.

“Sebelum ini banyak laporan tentang kejadian kemalangan yang berlaku di kawasan ini jadi dengan adanya lampu isyarat diharapkan masalah keselamatan pengguna jalan raya dapat diatasi terutama kepada pelajar sekolah dan orang ramai yang ingin ke Masjid yang berhampiran.

“Proses ini telah membuktikan kecekapan dan kesungguhan Barisan nasional (BN) dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kawasan paling utama rakyat didahulukan dan BN sentiasa berusaha menyelesaikan masalah rakyat dengan membantu rakyat secara praktikal dan bukan hanya bercakap kosong seperti pihak tertentu,” katanya.

Secara purata sebanyak lebih 3,000 kenderaan menggunakan laluan jalan ini terutama terutama pada waktu puncak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");