Membawang Hari Ini

“Itu Bukan Saya, Jangan Fitnah!” – Fatin Afeefa

PELAKON Fatin Afeefa tidak mengetahui kewujudan foto seorang wanita sedang bercium dikatakan mirip seperti wajahnya yang tersebar di laman sosial.

Fatin atau nama sebenar Fatin Nur Afifah Shamsudin, berkata dia terkejut apabila ada pihak yang menuduh wanita dalam gambar itu adalah dia bersama kekasih.

“Saya tak tahu tentang foto tersebut dan itu bukan saya. Gila ke saya nak buat benda begitu kemudian post di Instagram.

“Sejujurnya, dua minggu lalu saya ada dengar fasal isu ini tapi saya tak tengok lagi gambar itu dan tak tahu siapa wanita mirip wajah saya.

“Seingat saya, hujung bulan lalu, Instagram saya tidak boleh diakses dan hanya boleh digunakan semula pada pagi hari keesokannya. Tetapi, tak ada pula foto cium tersebut, pelik!,” katanya memetik sumber mStar Online.

Semalam, ruangan gosip sebuah akhbar tempatan memaparkan penyebaran foto seorang wanita dipercayai pelakon berstatus janda bercium dengan kekasih.

Menurut tulisan dalam artikel itu, foto tersebut dipadam beberapa saat selepas dimuat naik, namun beberapa laman blog hiburan sempat menyimpan paparan skrin sebagai bukti.

Sementara itu, Fatin tidak menolak ada individu yang cuba menfitnah dirinya berdasarkan kenyataan yang diberi dalam artikel tersebut.

“Saya rasa ada yang cuba nak jatuhkan saya dengan buat fitnah begini. Saya dah baca gosip tersebut dan kenyataan yang diberi seperti cuba merujuk kepada saya.

“Daripada cerita sumber tersebut, dia seolah-olah tahu di mana rumah saya, apa yang saya lakukan terhadap anak dan sebagainya.

“Saya tahu ini kerja siapa. Tapi tak apa, saya bersabar dahulu. Kalau dia melampau batas, saya tak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah,” tegasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Red Velvet ini menafikan dia turut terbabit dengan pengambilan dadah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

Ujarnya, dia masih waras dan tidak mungkin mensia-siakan kehidupan serta karier yang sedang meningkat naik.

“Saya ibu tunggal yang membesarkan dua anak, orang tengok saya happy dengan hidup walaupun sebenarnya hati saya sedang bersedih.

“Disebabkan saya nampak gembira macam tak ada masalah dituduh ambil dadah pula, tak akan saya nak tunjuk sedih setiap saat.

“Saya tinggalkan anak di rumah ibu ketika bekerja. Selesai kerja, saya ambil semula. Saya perlu cari duit untuk mereka, jadi janganlah fitnah dan tuduh saya bukan-bukan,” ujarnya.

Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei lalu.

Dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia berusia dua tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");