Jenayah

Jadi Alat Pemuas Nafsu Sebaik Tiba Di Bangladesh

COX’S BAZAR: Agensi bantuan kelmarin, mendedahkan remaja dan wanita di kem pelarian Rohingya telah dijual sebagai hamba seks.

Memetik laporan Sinar Online menerusi Agensi, seorang mangsa yang dikenali sebagai Khartoun, 15, mendakwa dia dijadikan hamba seks selepas tiba di Bangladesh secara bersendirian kerana keluarga dibunuh dengan kejam.

“Mereka (sindiket) memperdaya saya dengan berjanji mahu mencarikan suami untuk saya,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa dikurung selama tiga minggu sebelum dijual kepada seorang lelaki tempatan yang melakukan penderaan seksual ke atasnya selama 12 hari.

Susulan itu, Olivia Headon di Pertubuhan Migrasi Antarabangsa menggesa tindakan segera diambil bagi memastikan keselamatan wanita dan remaja perempuan Rohingya.

“Ada perekrut di Cox’s Bazar dan kami tahu mereka mengambil kesempatan daripada kesusahan golongan berkenaan untuk ‘mengembangkan’ lagi rangkaian jenayah tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, agensi bantuan dan PBB pernah memberi amaran kegiatan sindiket pemerdagangan manusia serta eksploitasi seks di kem pelarian terbabit semakin membimbangkan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, dua imej satelit yang dikeluarkan kelmarin, menunjukkan kem pelarian Rohingya telah bertambah secara drastik sejak penduduk Rohingya melarikan diri daripada gelombang keganasan baharu di Myanmar pada Ogos lalu.

Ketika ini, terdapat lebih 800,000 penduduk Rohingya tinggal di dua kem penempatan, Kutupalong dan Balukhali di sekitar Cox’s Bazar di selatan Bangladesh.

Kebanyakan mereka berlindung di bawah khemah sementara dan pusat penempatan yang disediakan di kawasan tersebut yang kini dilaporkan semakin sesak.

Sejak tindakan kekerasan dilancarkan tatmadaw kira-kira lima bulan lalu, lebih 288 perkampungan Rohingya telah musnahkan, selain penduduk dibunuh dan dirogol tanpa perikemanusiaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");