Perak Hari Ini

Jangan Ceroboh, Berkebun Atas Tanah PBT

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menasihati orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan awam untuk kepentingan peribadi.

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Aldrich Low Guo Nan

Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, Aldrich Low Guo Nan berkata walaupun pihak MBI tidak pernah mengeluarkan saman kepada pihak yang didapati menjalankan aktiviti bercucuk tanam di atas tanah yang dijadikan taman rekreasi namun orang awam sama sekali ditegah melakukan perkara tersebut.

Terdahulu,pihak MBI telah mengambil tindakan membersihkan kawasan taman permainan di Lorong Tasek Timur 8 Taman Sri Dermawan yang telah dijadikan kawasan penanaman tebu oleh seorang individu.

Isu tersebut telah diadukan oleh penduduk taman tersebut apabila khuatir dengan tindakan individu terbabit yang ceroboh masuk taman tersebut untuk tujuan bercucuk tanam malah telah membakar sisa kebun secara terbuka sejak awal tahun ini.

“Teguran secara lisan oleh pihak penguatkuasa dan notis secara bertulis juga telah diberikan kepada individu tersebut tetapi tidak dipedulikan,” katanya.

Malah katanya, MBI telah menjalankan siasatan kali terakhir pada 13hb November lalu dan mengeluarkan notis pada 29 November kepada penduduk di sekitar, termasuk individu tersebut.

Berikutan itu,MBI menerusi Jabatan Landskap dan Penguatkuasa telah melakukan pembersihan di lokasi tersebut hari ini.

“Peringatan mesra arahan papan tanda daripada pihak majlis jelas nyatakan bahawa lapan perkara tidak boleh dilakukan atas taman rekreasi demi menjaga keindahan dan keharmonian pengguna-pengguna taman tersebut termasuk bercucuk tanam.

“Kebiasaan notis akan dikeluarkan kepada penduduk sekitar dan tempoh dua minggu diberikan untuk mereka mengutip hasil, namun selepas itu pihak majlis akan masuk untuk bersihkan kawasan tersebut,” katanya.

Jelasnya lagi, tahap kesedaran sivik dan pendidikan warga Ipoh masih perlu dipertingkatkan dan pemberian saman bukannya satu pendekatan bagi memberhentikan tindakan sedemikian.

“Bandaraya Ipoh lima bintang perlu lahirkan warga kota yang lima bintang juga.Adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan serta tidak melakukan sesuatu perkara yang akan menyusahkan orang lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");