Berita Hari Ini

Jangan Ghairah Muat Naik Gambar Anak

SUBANG JAYA – Ibu bapa diingat supaya berwaspada apabila memuat naik gambar rutin harian anak-anak mereka di laman sosial bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab menyalahguna gambar bagi tujuan keburukan.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, golongan itu juga perlu sentiasa memantau anak-anak mereka ketika melayari internet supaya anak-anak tidak terjebak dengan perkara negatif memetik laporan Sinar Harian.

“Berwaspada jika muat naik rutin harian anak-anak di alam maya terutama babitkan gambar anak sedang mandi, pakai lampin dan sebagainya, memang nampak comel tapi bahaya kerana ada bermacam jenis manusia di luar sana.

“Ibu bapa juga kena pantau dan kurangkan masa anak-anak dengan telefon pintar, televisyen atau i-Pad kerana tanpa pengawasan anak-anak akan dibawa ke laman yang kurang sihat.

“Jika anak-anak terlalu asyik dengan gajet berkemungkinan mereka akan menjadi kurang mahir bersosial serta gagal berkomunikasi dengan baik,” katanya ketika Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Pejabat Adun Subang Jaya, di The Summit USJ, di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");