Jenayah

Jangan Mudah Beri Maklumat Peribadi: Kastam

KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) meminta orang ramai tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.

Dalam satu laporan BH Online hari ini, Kastam Pahang memaklumkan, pihaknya menerima banyak laporan berkaitan kes itu dipercayai membabitkan rakyat tempatan dan warga asing.

Katanya, sindiket menggunakan modus operandi dengan membuat panggilan telefon secara rambang kepada orang ramai dan mendakwa wakil kastam.

“Mereka menghubungi mangsa menggunakan talian 1300735798 atau 46409078. Suspek akan meminta mangsa membuat pengesahan nombor kad pengenalan diri atau pasport.

“Selepas itu, mereka mendakwa mangsa dikenakan sejumlah penalti oleh kastam berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Mangsa juga diberi amaran akan dikenakan tindakan jika tidak menjelaskan penalti berkenaan.

“Taktik penipuan ini digunakan untuk memperdaya mangsa dan menyebabkan mereka mengalami kerugian ribuan ringgit,” kata jabatan berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa pegawai jabatan berkenaan.

“Orang ramai juga perlu bertenang dan memastikan dengan betul sama ada mempunyai sebarang urusan dengan kastam. Jika tiada sebarang urusan dengan panggilan berkenaan, jangan kongsi maklumat diri.

“Jangan juga hubungi semula nombor telefon yang diberikan oleh suspek,” katanya.

Katanya, orang ramai boleh membuat semakan dan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 1300888500 (umum), 1800888855 (aduan penyeludupan), 03-88822100 (Ibu Pejabat Putrajaya) atau menerusi [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");