Perak Hari Ini

Jangan Salah Gunakan Sumbangan Bantuan

Manjung: PLUS Malaysia Berhad telah menyampaikan keperluan dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak yang bakal melangkah ke sesi sekolah pada tahun 2018.

Sumbangan kepada kira-kira 600 pelajar dari DUN Pangkor itu diberikan bagi meringankan beban ibu bapa dikalangan golongan yang kurang berkemampuan.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Diraja Dr.Zambry Abdul Kadir disini, hari ini.

Zambry dalam ucapannya berkata , pelbagai bantuan juga ada dilaksanakan di peringkat negeri Perak bagi meringankan bebanan yang ditanggung keluarga.

“Usaha ini dilakukan pada setiap tahun, dimana bantuan dari kerajaan negeri pun ada. Kita menyediakan beberapa juta ringgit pada setiap tahun dan pada tahun 2017 ini , kita memperuntukkan untuk lebih 6,700 anak-anak yang memerlukan.

“Ini semua tidak termasuk lagi dengan bantuan PLUS dan juga daripada agensi-agensi dari kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,” katanya

Zambry dalam masa yang sama turut meminta agensi terlibat agar memfokuskan bantuan disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan sahaja.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa beliau tidak ingin mendengar berita yang tidak baik
seperti mereka yang menipu dan mengambil kesempatan atas bantuan-bantuan ini.

“Ia sepatutnya disampaikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Saya tidak mahu lihat penyalahgunaan, yang sepatutnya dibantu adalah kepada anak-anak kita dari pelbagai kaum yang memang memerlukan bantuan.” katanya lagi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada PLUS yang terus menyumbang untuk membantu rakyat agar dapat meringankan bebanan dan dalam masa sama dapat menolong ibu bapa untuk menyediakan anak mereka memasuki alam sekolah pada tahun 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");