Berita Hari Ini

Jihad Perangi Dadah

PUTRAJAYA: Semua pihak perlu berjihad memerangi dadah secara habis-habisan bagi memastikan institusi keluarga dan masyarakat bebas daripada najis itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kerajaan juga akan mengambil langkah yang drastik dalam membendung gejala dadah.

Katanya, kerajaan juga menggunakan perkataan ‘najis’ pada gejala itu supaya dapat memberikan gambaran yang serius dan kesan buruk berhubung pengambilan dadah.

“Kementerian saya juga akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi bertanggungjawab untuk memerangi najis dadah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan larian Run For Love, anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), pada Ahad lapor Berita Harian.

Seramai 1,000 peserta termasuk 30 Orang Kurang Upaya (OKU) menyertai larian sejauh lima kilometer mengelilingi Taman Botani di sini.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan akhbar mengenai pengambilan dadah baharu dikenali mushroom atau khat yang menjadi trend dalam kalangan pengunjung kelab malam yang dijual pada harga RM300 bagi lima gram.

Malah, dadah jenis itu dikesan dijual secara berleluasa di sekitar ibu negara terutama di kelab malam.

Rohani berkata, pengambilan dadah jenis sintetik yang semakin berleluasa hanya menyebabkan individu berkenaan menjadi seperti ‘mayat hidup’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");