Sukan Hari Ini

Jurulatih Shakhtar ‘Jadi Zorro’ Dalam Sidang Akhbar

KERTUA jurulatih Shakhtar Donetsk muncul dalam sidang media selepas perlawanan dengan Manchester City berpakaian seperti Zorro, awal pagi tadi.

Shakhtar membenam anak buah Pep Guardiola 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) – kekalahan pertama City selepas 29 perlawanan.

Bernard dan Ismaily berjaya menemui penyudah di Stadium Metalist untuk memastikan kemaraan Shakhtar ke pusingan 16.

Sehubungan itu, jurulatih, Paulo Fonseca, mengotakan janjinya sebelum perlawanan bahawa dia akan berpakaian seperti Zorro jika gergasi Ukraine itu mara ke pusingan kalah mati.

“Ini adalah sidang media paling menarik sepanjang karier saya,” ujar Fonseca kepada pemberita.

“Saya berasa sangat seronok. Saya tidak fikir hanya penyokong Shakhtar, malah seluruh rakyat Ukraine perlu berbangga dengan pasukan kami.”

Memetik laporan Stadium Astro, Shakhtar menafikan Napoli yang dianggap pilihan untuk layak dengan menamatkan saingan kumpulan di tempat kedua, tiga mata di belakang City.

“Kami beraksi dengan permainan paling sesuai. Kami begitu berdisiplin di bahagian pertahanan dan sangat efektif ketika menyerang,” kata Foncesca lagi.

“Adalah sangat penting untuk memperincikan zon tertentu yang membolehkan Manchester City menghadirkan ancaman. Kami melakukannya dengan baik dan mereka gagal memberi ancaman seperti biasa.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");