Berita Hari Ini

Kabinet Tidak Dimaklum Mengenai Imams- TPM

KUALA LUMPUR – Kabinet tidak dimaklumkan mengenai Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi .

Sebaliknya, menurut Ahmad Zahid, Kabinet hanya dimaklumkan mengenai sistem bahawa syarikat-syarikat pengendalian pakej umrah perlu didaftarkan, peraturan tertentu dilakukan dan kaedah pemantauan dilaksanakan agar mereka yang menyertai pakej umrah oleh syarikat pengendali agensi pelancongan tidak menjadi mangsa.

“Imams dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, namun Kabinet tidak dimaklumkan mengenai pelantikan syarikat yang mengendalikan sistem pemantauan ini apatah lagi ia dikendalikan syarikat luar.

“Itulah sebabnya kerajaan memutuskan ia harus dibatalkan walaupun ia hanya dilaksanakan dalam tempoh 24 jam,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) 2017, hari ini lapor Sinar Harian.

Ahmad Zahid turut menyangkal bahawa pembatalan Imams adalah gimik PRU14, sebaliknya keputusan pembatalan dibuat kerana bantahan diterima bukan sahaja dari syarikat pelancongan yang mengendali pakej umrah tetapi selepas mengambil kira protes oleh badan bukan kerajaan dan para ulama.

“Saya tidak fikir ada unsur politik dalam perkara ini. Tetapi saya menghidu bau yang tidak mengenakkan hidung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");