Panasnya Hari Ini

‘Kami Bukan Pengecut’- Ketua Puteri Bukit Gantang

KUALA LUMPUR: Jarang membuat kenyataan terhadap isu-isu nasional tidak membawa makna bahawa Pergerakan Puteri UMNO adalah pengecut.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jamilah Zakaria menyatakan bahawa kurangnya populariti di media-media tidak menunjukkan bahawa mereka tidak memberi sumbangan kepada parti sebaliknya fokus diberikan kepada aspek lain.

Jelas beliau, Puteri UMNO lebih memberi menumpukan kepada aspek gerak kerja di akar umbi dan bukannya takut untuk membuat kenyataan.

“Memang kita agak keterbelakang dari menyatakan isu, bukan takut tetapi kita jarang lakukan kerana Puteri UMNO lebih memberi fokus kepada gerak kerja.

“Kita tidak mahu menjuarai isu nasional dan tampil di dada-dada akhbar namun akhirnya gagal menggalas tugas di peringkat akar umbi.

“Biarlah kami tidak popular di media-media namun di peringkat akar umbi, rakyat tahu kami ada bersama mereka,” katanya kepada Peraktoday.com di Perhimpunan Agung UMNO 2017 disini, hari ini.

Menurut Jamilah, Puteri UMNO mahu membawa isu yang lebih dekat dengan wanita muda dan bukannya hanya membuat ‘kenyataan’ sewenang-wenang.

Katanya, Puteri UMNO tidak perlu publisiti ketika melaksanakan gerak kerja bagi membuktikan sumbangan mereka pada parti.

“Puteri UMNO lebih fokus pada kerja, kita turun di segenap kawasan walaupun di ceruk-ceruk.

“Tak perlu publisiti, itulah identiti tersendiri Puteri UMNO,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");